Archive for the LAPORAN Category

MAJLIS ZIARAH FAMILI AMAL AZRI 12 MEI 2010 bersama KEPIMPINAN PEMUDA PAS TITIWANGSA/ AMAL TITIWANGSA

Posted in LAPORAN on May 13, 2011 by jabatan amal titiwangsa
Advertisements

ROKOK PERISA BABI ..APA KATA ANDA ?

Posted in LAPORAN on February 28, 2011 by jabatan amal titiwangsa

Bukan hanya merokok itu membawa maut tetapi penyelidik mengakui tisu darah babi digunakan untuk membuat filter (penyendat) rokok.

Pada pengakuan yang memungkinkan mengakibatkan rasa bingung dan cepat terkejut kepada perokok, seorang penulis Belanda akan mengeluar sebuah buku yang mendakwa darah babi (khinzir) digunakan sebagai bahan membuat filter (penyendat) rokok.

Buku berjudul Pig 05049 yang ditulis oleh Christien Meindertsam menyenaraikan 185 cara anggota-anggota babi boleh digunakan termasuk gula-gula, shampoo, roti, bird dan peluru. Mengikut buku ini, Hemoglobin (darah) babi digunakan untuk menapis racun atau kimiayang berbahaya yang berada pada rokok.

The Indonesian Consumer Protection Foundation (YLKI) meahu pihak berkuasa menyelidiki dakwaan ini. “Kalau dakwaan ini benar National Food and Drug Monitoring Agency (BPOM), the Ministry of Health and the Indonesian Ulema Council’s Food and Drug Analysis Agency (LPPOM) wajib membuat penyelidikan sampel dengan kadar yang segera.,” rayu Tulus Abadi, Pengerusi YLKI, kepadaJakarta Globe.

Mengikut Tulus pengeluar rokok memang mengunakan penyendat rokok dan tidak ada yang diproses secara local.

Professor Simon Chapman dari The School of Public Health di University of Sydney berkata dalam Web university tersebut, “many devout Islamic and Jewish smokers and some vegetarians would be horrified to think they were putting a filter in their mouth which contained a pig product.”

PELANCARAN GEN-2 & BRIGED AMAL

Posted in LAPORAN on March 2, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Asslamualaikum,

sukacita di maklumkan, pada tanggal 20 mac 2010 ini, perancancangan awal akan di adakan pelancaran Generasi 2 dan briged amal peringkat kawasan titiwangsa. Program ini di adakan bersamaan dengan himpunan pemuda titiwangsa bertempat di Pasti Al Hidayah Keramat jam 9 mlm. Dengan ini di harapkan kepada para sahabat amal yang baru atau lama dapat memberi komitmen yang jitu dalam merealisasikan pelancaran ini. Segala perkembangan tentang pelancaran ini akan di siarkan di dalam blog ini. Kerjasama sahabat2 amat di hargai..

sekian terima kasih.. salam Maulidurrasul , salam perjuangan..

UNIFORM BARU

Posted in LAPORAN on February 18, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Terbaru!! Jabatan Amal Kawasan Titiwangsa telah menempah 50 helai t’shirt Amal dari Jabatan  Amal Pusat. T’ shirt Amal design terbaru ini di tempah sebagai penyelarasan kepada etika berpakaian kepada ahli2 Amal Kawasan. Untuk pengetahuan umum, Jabatan Amal Pusat telah memutuskan design terbaru untuk t’shirt amal. Design terbaru ini agak berbeza dari yang lama segi warna , logo dan tulisan. Dengan t’shirt baru ini di harap ahli2 amal meningkatkan gerak kerja dengan lebih efisyen, proaktif dan kacak bergaya. T’shirt ini di jangka siap kira2 dua minggu lagi. Di harap sahabat2 semua bersabar dan tenang dalam perkara ini dan jangan menimbulkan provokasi dan rusuhan. Bila sudah menerima t’shirt itu nanti , sahabat di minta tidak memakainya ketika menonton bolasepak walaupun logo nya ada iras2 logo Real Madrid kerana itu akan menimbulkan kekeliruan dan rasa kurang senang penyokong Umno dan BN. Apapun peringkat Jabatan Amal Titiwangsa akan cuba mendapatkan dana untuk seluar dan barret baru pula. Sekian terima kasih.