Archive for February, 2011

ROKOK PERISA BABI ..APA KATA ANDA ?

Posted in LAPORAN on February 28, 2011 by jabatan amal titiwangsa

Bukan hanya merokok itu membawa maut tetapi penyelidik mengakui tisu darah babi digunakan untuk membuat filter (penyendat) rokok.

Pada pengakuan yang memungkinkan mengakibatkan rasa bingung dan cepat terkejut kepada perokok, seorang penulis Belanda akan mengeluar sebuah buku yang mendakwa darah babi (khinzir) digunakan sebagai bahan membuat filter (penyendat) rokok.

Buku berjudul Pig 05049 yang ditulis oleh Christien Meindertsam menyenaraikan 185 cara anggota-anggota babi boleh digunakan termasuk gula-gula, shampoo, roti, bird dan peluru. Mengikut buku ini, Hemoglobin (darah) babi digunakan untuk menapis racun atau kimiayang berbahaya yang berada pada rokok.

The Indonesian Consumer Protection Foundation (YLKI) meahu pihak berkuasa menyelidiki dakwaan ini. “Kalau dakwaan ini benar National Food and Drug Monitoring Agency (BPOM), the Ministry of Health and the Indonesian Ulema Council’s Food and Drug Analysis Agency (LPPOM) wajib membuat penyelidikan sampel dengan kadar yang segera.,” rayu Tulus Abadi, Pengerusi YLKI, kepadaJakarta Globe.

Mengikut Tulus pengeluar rokok memang mengunakan penyendat rokok dan tidak ada yang diproses secara local.

Professor Simon Chapman dari The School of Public Health di University of Sydney berkata dalam Web university tersebut, “many devout Islamic and Jewish smokers and some vegetarians would be horrified to think they were putting a filter in their mouth which contained a pig product.”

Advertisements

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Posted in TAZKIRAH on February 15, 2011 by jabatan amal titiwangsa




 

Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul SAW yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti tauladan Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah. Jasa besar Nabi Muhammad saw adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama
manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

Sedangkan pada diri Rasulullah itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah SAW telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad SAW inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah SAW yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam. Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

12 Rabiul Awal 1432 H / 15 Februari 2011

PENANGGAH WALIMAH AZ ZUBAIR MSJD ALAM SHAH,KL 6/2/2011

Posted in AKTIVITI on February 8, 2011 by jabatan amal titiwangsa

BANTUAN SEGERA DI PERLUKAN

Posted in BULETIN on February 2, 2011 by jabatan amal titiwangsa

 

Kuala Lumpur, 2 Feb. 2011; Petugas dan sukarelawan PAS Sdr Muhd Saifun Nassrullah bin Omar, 20 atau lebih dikenali dengan Ayub dari Parlimen Titiwangsa memerlukan bantuan segera, setelah sekian lama terlantar di hospital akibat kemalangan awal tahun lepas yang menyebabkan kakinya patah dan memerlukan pembedahan tukar urat kaki, pembedahan otot dan ligament lutut yang bernilai antara RM25,000.00 hingga RM30,000.00.

Beliau kini terlantar pula d HUKM wad 6E tingkat 6 selama seminggu disyaki denggi berdarah.

Sumbangan segera amat diperlukan atas kedaifan keluarga ini, kerana beliau adalah anak harapan pencarian nafkah keluarga. Ayahnya seorang OKU manakala ibunya tidak bekerja serta adik-adiknya yang masih bersekolah.

Sdr Ayub sebenar adalah aktivis dan pemuda PAS yang gigih, di mana sahaja pilihanraya kecil (PRK) beliau pasti tidak ketinggalan hadir dari mula hingga tamat PRK dan beliau amat ringan tulang bila diminta bantuannya. Diharap kepada sesiapa yang simpati boleh menghubungi YDP PAS Putrajaya Ustaz Mohamad Nazir di talian 013-2196789 atau terus menyumbang ke akaun Bank Islam 08013020204913 atas nama ibunya Hasmiza binti Mad Shahar.