Archive for January, 2011

Wali Di Tuduh Mencuri

Posted in TAZKIRAH on January 29, 2011 by jabatan amal titiwangsa

Kisah ini di ceritakan oleh  Zin-Nun rahimahlah di mana pada suatu hari beliau bercadang untuk pergi ke seberang laut untuk mencari barang yang di hajatinya.  Setelah persiapan diatur, beliau telah membeli tiket untuk menaiki kapal untuk menuju ke tempat yang dihajatinya.  Kapal yang di naiki oleh Zin-Nun penuh sesak dengan orang ramai. Di antara penumpang-penumpang yang menaiki kapal tersebut, ada seorang pemuda yang sangat kacak paras rupanya, wajahnya bersinar cahaya.  Pemuda itu duduk di tempat duduk dengan tenang sekali, tidak seperti penumpang lain yang kebanyakkannya mudar-mandir di atas kapal itu.

Keadaan di dalam kapal tersebut agak panas kerana suasana di dalam kapal tersebut penuh sesak dengan orang ramai.  Pada peringkat permulaan pelayaran, keadaannya berjalan dengan lancar sekali kerana keadaan laut tidak bergelombang dan angain bertiup tidak terlalu kencang.  Suasana di dalam kapal ketika itu sangat tenang, kerana penumpang dengan hal masing-masing, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan pengumuman yang di buat oleh kapten kapal tersebut bahawa dia telah kehilangan satu barang yang sangat berharga.  Satu pemeriksaan akan dijalankan sedikit masa lagi.  Semua penumpang di ingatkan supaya duduk di tempat masing-masing.

Keadaan di dalam kapal tersebut telah menjadi hingar-bingar kerana penumpang sibuk bercakap dan berpandangan di antara satu sama lain. Masing-masing membuat andaian tersendiri mengenai kehilangan barang tersebut.  Tidak berapa lama kemudian, pemeriksaan di lakukan seorang demi seorang, semua beg,  barang-barang digelidah tetapi tidak  menjumpai barang yang di cari.  Akhirnya sampai kepada pemuda yang disebutkan oleh Zin- Nun.  Oleh kerana pemuda itu orang terakhir yang di periksa, pada anggapan orang ramai dan pegawai pemeriksa sudah tentu pemuda ini yang mencuri barang tersebut. Maka pemuda itu di perlakukan dengan kasar sekali di dalam pemeriksaan tersebut, pemuda itu memprotes di atas tindakan kasar yang di lakukan oleh pegawai pemeriksa sambil berkata, bahawa dia bukannya seorang pencuri,  Dengan protes tersebut, ia menambahkan lagi syak wasangka pegawai dan kapten tersebut.

Oleh kerana tidak tahan dengan kekasaran yang di lakukan oleh pemeriksa tersebut, maka pemuda itu terjun ke laut, yang menghairankan orang ramai yang memerhatikan tingkah laku pemuda itu ialah pemuda itu tidak tenggelam di dalam laut, mala ia duduk di atas permukaan air.  Pemuda itu berdoa kepada Allah dengan suara yang keras sekali “Ya Allah, mereka sekalian menuduhku pencuri, demi ZatMu, wahai tuhan yang membela orang teraniaya, perintahkan ikan-ikan di laut supaya timbul dan membawa permata-mata berharga di mulutnya”.

Tidak lama kemudian, dengan kuasa Allah beribu-ribu ikan timbul dan kelihatan di mulutnya batu-batu permata yang berkilauan cahayanya.  Semua orang yang berada di atas kapal bersorak dan menepuk tangan kepada pemuda itu.  kapten kapal dan pegawainya sungguh terperanjat dan bingung seolah-oleh tidak percaya apa yang telah mereka telah lihat.

Pemuda itu berkata “Apakah kamu sekalian masih menuduhku sebagai pencuri pada hal perbendaharaan Allah ada di tanganku dan jika mahu aku boleh mengambilnya”.  Kemudian pemuda itu menyuruh ikan-ikan tersebut kembali ke tempat asal mereka dan pemuda itu berdiri dan berlari di atas air dengan cepat sekali sambil menyebut ayat ke- 4 surah Al Fatihah yang bermaksud ‘Hanya kepada Mulah aku menyembah dan hanya kepada Mu pula aku meminta bantuan’.

Advertisements

TIADA ON OFF DALAM PERJUANGAN ISLAM.

Posted in TAZKIRAH on January 16, 2011 by jabatan amal titiwangsa

Rutin harian…sibuk, letih,penat, lesu.Kadang- kadang sampai tidak sempat makan, atau tidak selera makan akibat terlalu letih.Esoknya pagi-pagi ke pejabat, kerja berlambvak-lambak menanti untuk dibereskan.Surat untuk wartawan, follow-up peserta program, confirm tempat ceramah, alamak, makanan belum tempah…tiada kereta untuk ke tempat program, terpaksa berhabis beringgit-ringgit untuk tambang teksi, berjalan sampai sakit kaki(sebab pakai high heel dan terpaksa berjalan jauh)…..telefon berdering hampir setiap masa, justeru selamatnya aku menutupnya pada setiap waktu solat.

Jika tidak difikirkan tentang janji diri kepada Allah SWT untuk tetap tegar berjuang dalam medan dakwah dan perjuangan ISLAM, aku berasakan mungkin akulah orang pertama yang mengangkat tangan mengibarkan bendera putih tanda kekalahan dan menyerah! Tidak tahukah bahawa letih dan penat saban hari ini sangat-sangat menguji…sampai tidak tertahan dengan bebanan kerja, akhirnya hanya mampu menangis, lewat sujud menemui Tuhan Yang Satu.

Tiada On Dan Off Dalam Perjuangan Islam
Setiap kali rasa kemalasan dan keletihan itu membelenggu hati dan pemikiran, terus sahaja aku kembali teringatkan pengisian usrah yang berlangsung semasa ku di alam kampus dahulu. Sewaktu itu, semangat juang ini masih bugar bersama sahabat-sahabat seperjuangan. Malah, acap kali aku lah yang beria-ia mengulas dan berbicara tentang istiqamah dalam perjuangan ini, lantas aku kah pada hari ini yang menjadi pemula futiur di jalan da’wah, mengotori tekad janji ku kepadaNya?Astaghfir ullah,ampunilah aku, Tuhanku
Tinggalkan mereka yang beralasan, Dan teruslah mengorak langkah…

Bicara dari Ustaz Nik Abduh.
Bukankah pernah diceritakan betapa dalam medan juang ini penuh dengan mehnah dan tribulasi , bukankah kita sudah mengetahui tentang adanya gejala futur yang sering terjadi ke atas diri pejuang, berpunca daripada tentangan dalaman dan luaran…apakah kita sering sahaja mendengar khabar-khabar yang indah tentang perjuangan yang sedang kita bawa sekarang, jika ada yang masih bertahan walaupun teruk diuji, maka dialah pejuang yang istiqamah…
Aku seorang yang degil, mengapa tidak aku jadikan kedegilanku ini untuk terus bertapak dalam dunia perjuangan ISLAM, tetap berdegil menegakkan kalimatulhaq, bukankah degilku ini akan menatijahkan suatu kebaikan buat agama jua…inilah sebenarnya hikmah sesuatu keburukan yang kembali menjadi kebaikan sekiranya kita meletakkannya ke sebuah spektrum positif.
Jika ada on dan off dalam perjuangan ISLAM, pastilah sudah lama, Rasul-Rasul Allah berhenti berdakwah dan menyeru ke arah kebaikan, bukankah dihina dan dicaci, dilempar batu, dibuang negeri, disibukkan dengan itu dan ini, ditinggalkan, disumpah seranah itu sangat-sangat menyakitlkan, Rasul-rasul adakah tidak berasa sunyi, tidak berasa sakit, tidak berasa perit. Tiada bezanya dengan kita, kerana mereka juga adalah manusia. Bukankah mereka juga ada keluarga, isteri, anak-anak, pekerjaan dan sebagai mana insan biasa yang bergelar manusia?tetapi ya, mereka berbeza, bukan kerana hanya mereka adalah maksum, tetapi yang lebih utama, taqwa mereka melebihi hamba seperti kita.,
Kita lebih banyak suka bercerita, mereka-reka alasan tetapi mereka sangat takut akan janji Tuhan, bahawa mereka yang lari dari medan, selayaknya diazab seksaan yang maha berat kelak.
Apa lagi yang ditunggu, ayuh bangkitlah wahai semua, Islam tidak akan rugi jika kita berhenti membelanya tetapi kitalah yang akan kerugian mengharapkan naungan Islam bersama redhanya TUHAN

SEKITAR SUAKASIH KITA BERSAUDARA PERINGKAT PARLIMEN TITIWANGSA 9 JAN 2010

Posted in AKTIVITI on January 10, 2011 by jabatan amal titiwangsa