Archive for December, 2010

WALIMAH ANAK PANGLIMA NAYAN 25 DISEMBER 2010 MASJID AS SYAFIE TAMAN MALURI K.L.

Posted in AKTIVITI on December 29, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Ziarah famili dan bacaan yasin di kubur allayarham syukri 18 dis 2010

Posted in AKTIVITI on December 19, 2010 by jabatan amal titiwangsa

HARI2 TERAKHIR SAHABAT AMAL..SYUKRI..

Posted in BULETIN on December 16, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Ketika menanti jenazah Arwah Syukri di Jabatan Forensik HKL. Turut kelihatan pimpinan AMAL Pusat dan WP.

 

Urusan kapan juga di bantu Pengarah AMAL WP Ustaz Izamuddin dan Ketua Pemuda Titiwangsa Ustaz Suhaimi. Lokasi surau kuarters Hospital KL.

Pelukan dan kucupan  terakhir dari Saudara Mohammad Rashidi Abd Razak , Tmbln. Pengarah 1 merangkap pengarah AMAL Titiwangsa, antara insan yang rapat dengan arwah. Ternyata beliau tidak dapat menahan kesedihan..

Solat jenazah di Masjid Sg Penchala , lokasi solat jenazah yang ketiga..

Iringan ke pusara yang kekal abadi Perkuburan Kg Sungai Penchala..

Sahabat2 dan sanak saudara membantu dalam urusan pengebumian..

Kasih sayang ayah dan ibu , tiada tolok bandingnya..kasih sayang sekeluarga sukar di ganti..Abg Ali dan keluarga membaca Yassin sebagai tanda kasih..

Syuq, siapa sangka..di kala masih muda, kau pergi meninggalkan abang  ,kau terlebih dahulu di jemput Rabbul Jalil ALLAH YANG MAHA AGUNG, kau tinggalkan ibu ,kau tinggalkan ayah, kau tinggalkan saudara kandungmu, tinggalkan teman2 seperjuangan, kau tinggalkan urusan dunia ini…

Syuq, abang tahu kau anak yang soleh, abang tahu benar kau anak yang taat pada ALLAH dan Rasul, taat pada ibu bapa, taat pada perjuangan Islam..Abang merindui kau syuq.Abang sayang pada kau syuq..

Syuq , segala memori   abang bersama kau, Jambori, Tamrin dan tugasan AMAL di Muktamar , abang  sematkan dalam hati..abang akan ingat sampai bila2 syuq..moga segala AMAL mu di kira ALLAH syuq..

Syuq, sampai  saat ini..hati abang masih sebak dan pilu..titisan air mata tidak tertahan2 terkenangkan dirimu..Abang tidak berdaya mendengar pemergianmu, abang lemah..

Syuq, moga kau bahagia di alam yang kekal abadi syuq, kau dah duduk di sempadan akhirat, kami akan menyusul syuq..Abang dan sahabat2 lain akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu..Moga ALLAH pelihara dirimu syuq, bersama2 para Nabi, Syuhada dan Orang2 soleh..tunggu abang syuq,kita duduk sama di alam akhirat nanti..InsyALLAH..

Al Fatihah… – Mohammad Rashidi Abd Razak

 

MOGA ROH MU TENANG DI SANA SYUKRI…

Posted in BULETIN on December 15, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Lambaian mu kami akan sambut..InsyALLAH>>

Mohd Syukri ( bulatan merah ) ketika tugasan AMAL   Muktamar PaS  Pusat 2010  di Putik Kelantan.

Sentiasa senyum dan penuh komitmen dalam setiap program yg di sertai.

Solat di atas tanah di dalam satu program . Hanya beliau dan adiknya Huzaifi mengangkat tangan bila di tanya siapa yg pernah bersolat di atas tanah .

Rindu , kasih sebagai sahabat akan kekal ..InsyALLAH ..tunggu kami Syukri..

Moga keluarga bahagia ini tabah menghadapi sisi yang kosong ..

Pinggiran Taman Dr Tun Ismail Kuala Lumpur 15 Disember 2010 : AMAL Wilayah Persekutuan kehilangan seorang pelapis AMAL yang cukup dedikasi dan komited dalam perjuangan AMAL. Beliau adalah Mohd Syukri b. Ali , seorang penuntut di Institusi Awam Negara berusia 19 tahun akibat kemalangan motorsikal . Beliau adalah anak kedua pasangan En. Ali dan Puan Zaiton dari 4 beradik di mana 3  beradiknya adalah anggota AMAL. Abang beliau Mohd Qusyairi kini sedang menuntut di Universiti Al Azhar manakala adiknya Huzaifi pula baru selesai menduduki SPM. Bapa nya pula di kenali sebagai Abang Ali adalah aktivis PAS Segambut dan bekerja sebagai pemandu van sekolah.

Kemalangan yang berlaku di Jalan Semantan Damansara itu ketika beliau sedang dalam perjalanan  pulang dari kerja  part time di sebuah hotel di ibu negara kira jam 11 malam 15 Disember. Jenazah di bawa ke HKL untuk di bedah siasat dan di mandikan di surau Kuarters HKL. Jenazah di solatkan sebelum  di hantar ke rumah beliau. Jenzah kemudian di solatkan lagi di rumah dan di bawa ke Masjid Sg Penchala dan di solatkan untuk kali ketiga. Beliau kemudian di semadikan di tanah Perkuburan Sg Penchala kira2 jam 2 ptg.

Turut hadir adalah Ketua Pemuda Pas Wilayah dan exconya, KP Pas Titiwangsa dan AJK nya, pimpinan Pas Kawasan dan Negeri, Pengarah Amal WP dan Timbalan- timbalan serta ALP. Di kesempatan ini kami AMAL WP dan Titiwangsa mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham , semoga tabah dan sentiasa memohon rahmat dan keredhaan ALLAH ke atas nya.

Di akhir kalam, kami sentiasa merindui kelibat Mohd Syukri, senyumannya akan sentiasa segar dalam ingatan kami. InsyALLAH, kami mendoakan beliau sentiasa di naungi kasih sayang ALLAH di alam yang kekal abadi..Kepada Syukri, tunggu kepulangan kami…

AL FATIHAH…

HEBATNYA KHALIFAH UMAR ABD AZIZ..

Posted in TAZKIRAH on December 12, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Suatu hari Khalifah Umar Abdul Aziz berpidato di hadapan kaum muslimin.  Sebagaimana biasa, pidato beliau sangant menarik dan memikat para pendengar.  Akan tetapi pada kali ini, selain daripada kandungan pidatonya, gerak-geri  Khalifah pula turut menjadi perhatian.  Khalifah sering memegang dan mengibas-ngibaskan bajunya ketika berpidato, sesekali di sebelah kanan dan sesekali di sebelah kiri.  Dengan demikian orang ramai menyedari bahawa gerakan tangan Khalifah tidak ada kena mengena dengan kandungan pidato.

 

Setelah Khalifah turun daripada tempat berpidato, mereka bertanya sesama sendiri dan akhirnya diketahui rahsianya.  Dikatakan bahawa baju yang dipakai Khalifah baru saja dibasuh dan belum kering.  Kerana ketiadaan baju lagi, maka baju itu dipakainya juga.  Oleh itu beliau selalu mengerak-gerakkan bajunya ketika berpidato agar cepat kering.

Ketika Khalifah Umar sakit, pakaian yang dipakainya telah kotor.  Muslimah Abdul Aziz kakak Fatimah Abul Malik datang menemui adiknya dan melihat Khalifah yang sedang sakit.  “Fatimah, basuhlah pakaian Khalifah itu.  Sekejap lagi orang ramai akan masuk menemuinya”, tegur Muslimah. “Demi Allah, beliau tidak punya pakaian lagi kecuali yang dipakai itu”, jawab Fatimah.

 

Seorang perempuan Mesir telah datang ke Damsyik kerana ingin bertemu dengan Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz.  Dia bertanya-tanya di mana istana Khalifah dan orang ramai menunjukkannya. Sampai saja di rumah yang dimaksudkan, perempuan Mesir itu bertemu dengan seorang perempuan yang memakai pakaian yang sudah lusuh dan buruk dan seorang lelaki sedang bergelumang dengan tanah kerana memperbaiki rumahnya.

Perempuan itu bertanya lagi dan apabila mengetahui bahawa perempuan yang ditanya adalah Fatimah isteri Khalifah, dia terkejut luar biasa.  Kerena mana ada seorang permaisuri raja yang berkuasa memakai baju buruk seperti itu.  Dia merasa takut dan kagum. Akan tetapi Fatimah pandai melayan, sehingga tetamu itu berasa suka dan tenang hatinya.

 

“Mengapa puan tidak menutup diri daripada lelaki tukang bancuh pasir itu?” tanya perempuan Mesir itu.  “Tukang bancuh pasir itulah Amirul Mukminin” jawab Fatimah sambil tersenyum.  Sekali lagi tetamu itu terkejut dan beristighfar.

Khalifah Umar tidak mempunyai  pelayan kecuali seorang kanak-kanak lelaki.  Dialah satu-satunya khadam dalam istana Umar.  Fatimah memberinya makan kacang setiap hari sehingga si pelayan menjadi bosan.  “Kacang..kacang…setiap hari kacang,” kata si pelayan merungut.  “Inilah makanan tuanmu Amirul Mukminin, wahai anakanda,” kata Fatimah.

Diceritakan  bahawa seorang lelaki dan isterinya di Syam telah merelakan anaknya ikut berperang di jalan Allah dan menemu syahid di medang perang.  Beberapa masa kemudian dia melihat seorang lelaki dengan menunggang kuda menuju kearahnya.

 

Setelah diperhatikan, ternyata pemuda itu seiras anaknya yang telah meninggal dunia.  “Hai, cuba kamu lihat pemuda yang berkuda itu, seperti anak kitakan?” kata lelaki itu kepada isterinya.  “Semuga Allah merahmati engkau. Janganlah tertipu oleh syaitan.  Anak kita sudah syahid, bagaimana boleh menunggang kuda seperti itu?” kata isterinya.

 

Sementara suami isteri itu memperhatikan dengan betul, tiba-tiba pemuda menunggang kuda itu telah berada di hadapannya.  “Assalamualaikum.” kata penunggang kuda.  “Waalikumsalam,” jawab kedua-dua suami isteri itu.  Ternyata dia memang anaknya, maka terkejutlah kedua-dua ibu bapa itu sambil segera memeluknya.  Mereka gembira luar biasa bercampur hairan.

“Ayah, ibu tetap saja di situ,” kata pemuda itu menegur.  “Saya bukan seperti ayah dan ibu lagi, demikian juga ayah dan ibu bukan seperti saya.  Saya datang pun bukan untuk pulang kepada ayah dan ibu.”  Kedua-dua ibu bapa faham akan maksud anaknya, mereka pun bertenang.  Kemudian anak itu menerangkan bahawa kedatangannya bukan sengaja.

 

“Sebenarnya aku datang bukan untuk mengunjungi ayah dan ibu, tetapi hanya mengambil kesempatan saja dalam keperluan lain.  Iaitu Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz telah wafat.  Gulungan syuhada minta izin kepada Allah untuk hadir dalam pengurusan janazahnya.  Allah memperkenankan permintaan mereka dan saya termasuk di antaranya.”

 

Kemudian dia bertanya keadaan kedua ibu bapanya, menghormatinya dan menjanjikan kebaikan  daripada Allah.  Lepas itu dia mendoakan ibu bapanya memberi salam lalu pergi.  Dengan itu penduduk kampung mengetahui bahawa khalifah mereka Umar Abdul Aziz telah wafat.

PERTANDINAGN BOLASEPAK 9 SEBELAH PIALA KETUA PEMUDA PAS WP 12/12/2010

Posted in Uncategorized on December 12, 2010 by jabatan amal titiwangsa

USRAH RIADAH AIR TERJUN CHAMANG BENTONG PAHANG 11 /12/2010

Posted in AKTIVITI on December 12, 2010 by jabatan amal titiwangsa