Archive for August, 2010

SELAMAT TINGGAL IBUNDA..

Posted in BULETIN on August 27, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Ustaz Reduan (jaket purple) ketika dalam bas menuju SIBU dari Bandaraya Kuching untuk memenangkan calon DAP pada PRK SIBU.

Sentul Kuala Lumpur Jumaat 27 ogos 2010 : Dukacita di maklumkan ibunda kepada Setiausaha AMAL WP , Ustaz Reduan Aripin @ Wan Jambang, telah kembali ke rahmatullah kira2 jam 7.50 pagi tadi di Institut Jantung Negara Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Allahyarhamah Puan Jamaliah mengadu sesak nafas jam 5 pagi sebelum di hantar oleh Ustaz Reduan ke IJN dan di sahkan meninggal 3 jam kemudiannya. Sememangnya Allahyarhamah ini mempunyai rekod sakit dan sering berulang alik ke hospital. Jenazah di bawa pulang kira2 jam 11 pagi dan kemudian di bawa ke Masjid AL Hidayah Sentul jam 3.30 petang. Jenazah di mandikan anak2 dan kaum kerabatnya. Ustaz Reduan mengambil tempat menjadi imam solat jenazah sebelum jenazah di usung ke tanah perkuburan Kampung Puah. Sekali lagi Ustaz Reduan mengambil tempat membacakan talkin untuk arwah ibunya. Sesungguhnya apa yang di lakukan oleh Ustaz Reduan , menjadi imam dan membaca talkin menjadi contoh kepada sahabat2 AMAL yang lain. Ini membuktikan tarbiyah dari PARTI ISLAM SEMALAYSIA bukan sekadar politik semata2, tetapi mendidik anak2 menjadi anak2 yang soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibubapanya.

Untuk makluman, bapa Ustaz Reduan juga telah kembali ke rahmatullah kira2 4 tahun lepas di mana beliau juga bertanggungjawab dalam urusan imam solat jenazah dan talkin. Apapun, ketika kebanyakan anak2 muda di ibukota gagal dalam tanggungjawab kepada ibubapa dan hanya menyerahkan pengurusan jenazah kepada pihak masjid, Ustaz Reduan muncul memecahkan belenggu itu dengan bertanggung jawab sepenuhnya demi ibu tercinta. Doa anak soleh itu di terima ALLAH, INSYALLAH..

Di harapkan keluarga beliau tabah dalam menghadapi ketentuan ALLAH ini, dan terus istiqomah dalam perjuangan Islam tercinta..Berbahagialah wahai ibu kerana anakmu itu BERAMAL KERANA ALLAH…

TOK GURU DI KERAMAT JAYA

Posted in AKTIVITI on August 15, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Sahabat2 AMAL sedang berbuka puasa di depan pagar lokasi majlis. InsyaALLAH, beramal kerana ALLAH, keselesaan tolak tepi..ALLAHUAKHBAR !!!!

Sabtu 14 Ogos 2010  Keramat Jaya – Satu program anjuran Yayasan Prihatin Titiwangsa dan Ahli Parlimen Titiwangsa berlangsung meriah di Surau Biru Keramat Jaya. Program berbuka puasa bersama Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan itu di hadiri ramai tetamu.  Pada majlis tersebut , Tok Guru yang tiba kira2 jam 6.30 ptg turut membacakan doa pada air sebagai penawar sebelum azan maghrib berkumandang. Tok Guru berbuka puasa dan bertarawih bersama2 hadirin yang tidak melepaskan peluang untuk menatap lebih dekat pemimpin kesayangan rakyat itu. Seperti biasa , AMAL di amanahkan untuk mengawal lalulintas dan parking.

BARBEQUE SEMPENA RAMADHAN

Posted in AKTIVITI on August 12, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Sabtu 7 ogos 2010 – Selepas sekian lama bertungkus lumus menjayakan segala aktiviti AMAL peringkat Kawasan ataupun peringkat Wilayah, JAT menganjurkan program barbeque khusus untuk meraikan sahabat2 AMAL dan juga untuk meraikan bulan Ramadhan AL Mubarak. Program itu yang bertempat di rumah AMAL Nazir ( cicakman) di Jalan Cohcrane off Jalan Tun Razak. Bermula kira2 jam 9 malam dengan acara bakar membakar hotdoug dan daging burger, majlis di serikan dengan kehadiran buah tembikai dan kentang goreng yang di jemput khas untuk mengeyangkan perut sahabt2 AMAL. Sebelum itu , majlis di tokok tambah dengan tazkirah Komander Amal Kawasan yang kadangkala lucu dan menggelikan hati. Apapun, Komander mengingatkan sahabat AMAL tentang kelebihan berpuasa , dan peluang2 yang patut di rebut dari bulan yang lebih mulia dari seribu bulan ini. Tidak di lupakan juga ucapan terima kasih kepada sahabat2 AMAL yang ikhlas beramal kerana ALLAH dalam memberi komitmen yang tinggi pada setiap program. Akhir sekali majlis di tutup dengan   sendawa kekenyangan dari sahabat2 AMAL..sekian..

RAMADHAN YANG KAMI CINTAI..

Posted in TAZKIRAH on August 9, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan  Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;


Surah Al-Baqarah:183


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)


Khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun” maksudnya dengan berpuasa kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?


Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.

Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.


Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah


Doa Paling Afdal Dibulan Ramadan

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).


Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.
* Oleh itu sahabat2 sekelian, inilah bulan yang kita nanti2 kan..beramallah sedaya upaya kita..penuhi dengan bacaan Quran , bertadarus bersama2, solat2 sunat, zikirullah , salawat dan berdoa..moga2 kita tergolong dalam golongan orang2 yang bertaqwa  :Komander JAT  Mohamad Rashidi Abd Razak..

BERSIH MASJID DESA PAHLAWAN

Posted in AKTIVITI on August 8, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Sabtu 7 ogos – Bertempat di Masjid Nurul Islam Desa Pahlawan, bermula jam 9 pagi satu aktiviti sempena menyambut ramadhan al mubarak di laksanakan oleh ahli kariah masjid tersebut dan di sertai Jabatan AMAL Titiwangsa. Aktiviti gotong royong itu yang di ketuai Komander AMAL Kawasan bagi pihak JAT di mulakan dengan sarapan pagi di ikuti tugasan membersihkan longkang, kawasan belakang masjid dan mengecat meja makan. Memandangkan masjid masih dalam proses naik taraf, banyak sampah2 dapat di kumpul dan di bakar. Aktiviti tamat lebih kurang jam 11.30 pagi. Terima Kasih dan sekalung tahniah kepada AMAL yang berkhidmat pada hari tersebut.

GOTONG ROYONG KUBUR JALAN AMPANG..

Posted in AKTIVITI on August 1, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Sabtu 31 Julai 2010 – Lokasi di kubur Jalan Ampang , kira2 jam 9 pagi..lebih kurang 12 sahabat AMAL bersama2 memeriahkan gotong royong bersih kubur anjuran Masjid Jamek Kg Bharu dan DBKL. Walaupun atas nama anjuran masjid, tetapi program ini di monopoli oleh UMNO Wilayah Persekutuan. Desas desus mengatakan program ini sebenarnya anjuran UMNO tetapi menggunakan nama masjid. Walaupun program ini mempolitikkan masjid..AMAL tetap memeriahkan tanpa mempedulikan sindiran dan kata2 nakal dari pihak zulumat itu.  Kehadiran beberapa pimpinan tertinggi AMAL WP juga menambah seri majlis. Sahabat2 AMAL sempat menziarahi makam seniman lagenda Tan Sri P. Ramli dan seniwati Saloma. UMNO bertambah bingung bilamana secara tiba2 Ahli Parlimen Titiwangsa Dr lu’Lu’  terpacul di lokasi majlis. Sudah lah AMAL hadir..tiba2 MP PAS pun ada..he..hee..Sahabat2 AMAL bertambah semangat demi menguburkan terus UMNO dan Barisan Nasional..Allahuakhbar !!!