Archive for June, 2010

BOLASEPAK PERSAHABATAN

Posted in AKTIVITI on June 27, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Dari kanan berdiri: Azamudin ( Boy Ramones), Zubir (Jubal) Azri (Angah Ferdinand) Ustaz Rosdi, Syafiq (capal), Hadi , Nadhir ( Yennadey ) Iwan ( Al Nino) Reza ( mat kool).

Dari kanan duduk: Muhsin ( Ucinmimi), Thoriq (Amoi), Rashidi (uwais), Nazir (cicakman), Syed Abd Rahman ( Aman Drop), Omar (Hancur).

Kuala Lumpur Sabtu 26 Jun 2010 – Satu perlawanan persahabatan bolasepak antara Jabatan Amal Titiwangsa menentang  Tranungkite Online telah berlangsung bertempat di padang Sekolah Lelaki Jalan Batu, Kuala Lumpur. Acara di mulakan dengan solat asar berjemaah. Perlawanan di mulakan pada jam 6 petang. Pasukan JAT yang di barisi pemain2 yang handal dan skil yang tinggi berjaya menggegarkan gol pasukan lawan sebanyak 4 kali dan di bolosi 1 gol.Dengan kemenangan ini melayakkan pasukan JAT ke final WORLD CUP 2010 menentang Brazil. He..he..Main pun macam itik terkedek2 ada hati nak lawan Brazil.. Acara ini di anjurkan semata2 riadah dan ukhuwah kepada sahabat2 AMAL. Perlawanan tamat kira2 jam 7 petang.

Advertisements

HEBATKAH ANDA?

Posted in TAZKIRAH on June 21, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Hebatkah anda? tidak tidur mlm, keluar duit,korban masa..kerana wanita dan bola? tetapi  anda tidak sanggup lakukan kerana ISLAM ? Muliakah tengok bola dari solat jemaah? Tunjukkan nas @dalil yg mengatakn bola & wanita dapat beri syafaat di akhirat kelak..anda rasa bagaimana ? Atau anda mahu jadi golongan yg rugi? Jika ya, andalah sebangsat2 manusia di muka bumi ini.

Anda rasa nak masuk syurga? anda rasa anda pasti masuk syurga? anda rasa anda pasti tak masuk neraka? anda rasa anda selamat dari seksa ALLAH? teruskan amalan anda.. muliakanlah maksiat, bangga lah dgn dosa2 anda, bermalas2 lah dgn amal ibadah, muliakankan lah kekasih hati anda yg belum tentu anda nikahi , yg anda sanggup habiskan wang dan masa itu… muliakkanlah bolasepak yg anda agung2 kan itu..perbanyakkan alasan anda. jika anda mati ketika ini, kebumikan jasad anda di tgh stadium , moga anda akan di kenang2 sebagai manusia yg melengahkan solat krn bola..jika anda mati ketika ini, panggillah wanita yg anda gilakan itu menjadi imam solat jenazah anda, mentalkinkan anda, mendoakan anda, selepas itu dia akan mencari lelaki lain yg bodoh seperti anda..malang sekali , untuk ISLAM, kita mencipta berbagai alasan…

Malang sekali, untuk islam, anda x sanggup keluarkan duit walau seringgit pun, demi islam anda x sanggup korbankan masa pun, demi islam anda x sanggup berjaga malam, demi islam anda x sanggup utk menutup aurat, anda lebih sayangkan gaji dan pekerjaan anda, lebih sayangkan minat anda walaupun anda terpaksa balik 3 pg . demi ISLAM, anda mencipta ..berbagai2 alasan yg tak munasabah dan dangkal, hingga kadangkala alasan anda itu boleh merosakkan aqidah anda..sesungguhnya ibubapa anda rugi mempunyai anak seperti anda..semoga anda x mati ketika anda sedang memuliakan maksiat nauzubillah..sesungguhnya anda lah penyebab ibubapa anda di bakar oleh api neraka ALLAH..

demi bola..anda sanggup menyarung jersi berlambangkan SALIB !!! anda menggugurkan aqidah anda sendiri.. anda x yakin bahawa itu satu dosa.. berjaya lah YAHUDI bertakhta dalam hati anda..anda x percaya? anda rasa itu benda remeh? tunggulah ketika kaki anda bertaup rapat, di mana ketika itu hilanglah nikmat dunia..nafas anda tersekat2, tubuh anda ..menjadi sejuk..dan malang sekali ketika itu anda tidak mampu mengucapkan kalimah ALLAHHHH…kerana mata anda tertumpu pada SALIB yg menghiasi diri anda selama ini.. ketika itu juga..roh anda melayang ke alam barzakh dgn penuh derita dan ketika itu juga anda berkata kepada ALLAH.. Rabbana absorna wa sami’na farji;na na;mal solihin, inna muqinuuunn..wahai tuhan kami, kami dah nampak, kami dah dengar, maka kembali kan kami ke dunia, sesungguhnya kami akan beramal SOLEH..adakah anda akan di kembalikan ke dunia semula??? Hebatkah anda??

AGAR MUDAH BANGUN MALAM BERIBADAH

Posted in TAZKIRAH on June 19, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Pertama, jangan banyak makan dan minum

Salah seorang ahli ibadah mengatakan, “Wahai para hamba, janganlah kalian banyak makan, kerana kalian akan banyak minum, lalu kalian akan tidur, sehingga akan terhalang daripada mendapat banyak kebaikan, dan kalian pun akan mendapat kerugian yang besar. seterusnya, kalian akan banyak menyesal menjelang kematian!”

Inilah pesan yang begitu bernilai. Ya, jangan kita banyak makan agar tidak menghalang kita dari solat malam. Mari kita lakukan, dan tunjukkan tanggungjawab sepenuhnya. Jangan anda fikir ini urusan yang ringan!


Kedua, jangan terlalu memeras tenaga di waktu siang

Antara perkara yang akan membantu anda untuk mengerjakan solat malam adalah, janganlah berlebihan dalam menggunakan tenaga diwaktu siang semasa bekerja. anda mungkin akan mengatakan, “Ini adalah kata – kata yang sangat Ideal! Sebab pekerjaan ini bukanlah pilihan sendiri. pekerjaan di waktu siang itu merupakan pekerjaan yang berat. dengan nasihat ini, anda sedang meminta kami untuk melakukan sesuatu yang mustahil!”

Ya, anda boleh katakan begitu wahai saudaraku. namun, cubalah meluangkan sedikit masa untuk tidur sekejap di waktu siang serta jangan lupakan niat dan matlamat.

Saya gembira, anda telah menyambut hangat faktor – faktor penolong ini dan mulai berusaha merealisasikannya.

Ketiga, hindari maksiat

Ini merupakan faktor penolong yang paling penting. salah seorang Tani’in mengatakan, “Janganlah kalian berbuat maksiat kepada Allah di waktu pagi, nescaya kalian akan mampu mengerjakan solat malam.”

Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah juga mengatakan, “Saya terhalang melakukan solat malam selama lima bulan akibat sebuah dosa yang saya lakukan.” Beliau pun ditanya, “Dosa apakah itu?”. Beliau menjawab, “Saya melihat seseorang sedang menangis, kemudian saya katakan, ‘Ini adalah orang yang riya’!’ ”

Sesungguhnya dosa umpama tali yang mengikat manusia. Marilah kita melepaskan tali ini dengan penyesalan, istigfar, dan taubat.

Keempat, lakukan dengan bertahap

Ini juga merupakan faktor yang tidak kurang pentingnya dengan yang sebelum ini. Janganlah anda kerap menghidupkan semangat yang sekejap dengan mengatakan, “Saya akan mengerjakan solat sepanjang malam setiap hari!”. Tetapi jadikanlah semangat dan motivasi anda ini sebagai semangat yang seimbang dan teratur. Berwaspadalah pada pintu penipuan syaitan. Semangat yang teratur merupakan gerbang menuju perlaksanaan ibadah ini dengan jayanya. mulailah dengan dua rakaat ringan sebelum tidur dan terus tekunlah mengerjakannya selama sebulan. Sehingga tidak ada hari yang dilalui tanpa mengerjakannya. Lalu tambahlah sedikit, dan seterusnya tambahlah setahap, demi setahap lagi.

Hayatilah, saudaraku “Agama itu mudah. Selamilah ia dengan lembut.” (HR. Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra)

(dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Solat)

DEMO BANTAH ISRAEL LAKNATULLAH

Posted in AKTIVITI on June 10, 2010 by jabatan amal titiwangsa

AL FATIHAH..

Posted in BULETIN on June 6, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Izami ( baju putih) dan Roshidi ( baju merah) mengusung jenazah ibu tercinta ..

Datuk Keramat Kuala Lumpur Ahad 6 Jun 2010- Sedang AMAL Kawasan sibuk melaksakan tugasan di Majlis Perkahwinan di Hulu Langat, kami mendapat makluman bahawa Che Mah bt Sidek  58 tahun, ibu kepada Timbalan Komander 1 AMAL Kawasan merangkap penolong S/U AMAL WP,  Saudara Roshidi Mohammad @ Saprol telah kembali ke rahmatullah. Ibunya telah menghembus nafas terakhir di sisi Roshidi kira2 jam 2.45 petang tadi di Hospital Besar Kuala Lumpur setelah hampir sebulan menderita jangkitan kuman pada paru2. Jenazah di bawa pulang ke rumahnya di PPR Jalan Jelatek dan di tempatkan di Surau At Taqwa. Turut menziarahi adalah Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lu’lu’ Dato Ghazali, YDP Kawasan Ustaz Abdullah , AJK Kawasan, Muslimat Kawasan ,Ketua Pemuda Pas WP Herman Sanudin, AJk Pemuda WP, Pemuda Kawasan, Pengarah AMAL WP Ustaz Izamudin Ludin, ALP AMAL WP  dan sahabat2 yang lain. Jenazah selamat di kebumikan di tanah perkuburan Datuk Keramat kira2 jam 9.30 malam tadi. Moga roh allahyarhamah di berkati dan di redhai Allah memandangkan beliau mempunyai 3 anak yang aktif dalam gerak kerja Islam iaitu Azri @ Manbai , Izami @ Comel dan Roshidi sendiri. InsyaAllah, dengan husnu zon kepada kasih sayang ALLAH, kami yakin roh Allahyarhamah di tempatkan di kalangan mereka2 yang beramal soleh. Moga mereka sekeluarga tabah akan ketentuan Ilahi dan terus komited pada perjuangan Islam ini. Allahuakhbar!!

PENANGGAH AMAL

Posted in BULETIN on June 6, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Hulu Langat Selangor Ahad  6 jun 2010 – Bertempat di Dewan Orang Ramai Dusun Tua Batu 15 Hulu Langat, seramai 23 anggota AMAL  turut serta dalam tugasan penanggah dan lalulintas majlis perkahwinan Aisyah Syamsuri dengan pasangannya. Aisyah adalah adik kepada AJK AMAL Kawasan dan juga merangkap ALP AMAL WP Nur Syafiq @ Capal. Walaupun tugasan kali ini terletak luar dari Wilayah Persekutuan,  AMAL memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menjayakannya. Di ketuai oleh komander AMAL Kawasan Mohd Rashidi Abd Razak @ Uwais , majlis di mulakan dengan taklimat tugasan pada jam 11 pagi. AMAL di minta makan terlebih dahulu sebelum memulakan tugas. Tugasan tamat kira2 jam 3 petang dengan sedikit ucapan terima kasih dari Syafiq selaku tuan rumah di ikuti doa penutup dari Komander Kawasan . Majlis kemudian berakhir dengan 3 kali laungan takbir yang penuh semangat dari sahabat2 AMAL.

USRAH FUTSALL

Posted in AKTIVITI on June 5, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Titiwangsa Kuala Lumpur 1 jun 2010 – Seramal 11 orang sahabat amal menyertai usrah futsall yang di anjurkan pemuda Pas Kawasan yang bertempat di pusat sukan Taman Maluri.  Program di mulakan jam 10 malam dengan sessi taaruf ringkas oleh Ustaz Rahman. Program yang berjalan selama lebih kurang 2 jam itu turut di sertai sahabat pemuda yang lain. Antara matlamat utama program ini adalah  untuk bertaaruf dan mungukuhkan  ukhuwah para  pendokong jemaah ini. Acara yang santai dan gembira ini di tutup dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz Alfian. Sahabat sahabat bersurai dalam jam 12 malam.