Archive for May 10, 2010

AMAL KE SIBU

Posted in BULETIN, Uncategorized on May 10, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Titiwangsa Kuala Lumpur 10 mei 2010 РKomander Amal Kawasan Muhammad Rashidi Abd Razak @ Uwais, akan menyertai gerakkerja  ke Sibu untuk sama-sama memenangkan calon DAP dalam Pilihanraya Kecil yang sedang berlangsung ketika ini. Beliau akan berangkat pada jam 7.10 pagi Rabu 12 mei bersama-sama Timbalan Pengarah 4 Amal Wilayah Saudara Omar Abd Razak dan juga Setiausaha Amal Wilayah Saudara Reduan Aripin dengan menaiki pesawat Air Asia ke Kuching. Ketibaan mereka akan di sambut oleh sahabat pemuda Petrajaya di ketuai Ustaz Fizwan  Pemuda Petrajaya dan terus ke Sibu menaiki kenderaan darat. Mereka di jangka pulang Isnin 17 mei selepas selesai pilihanraya tersebut. Kami mengucapkan selamat bertugas kepada rombongan tersebut dan pulang membawa kejayaan.

Advertisements