Archive for May, 2010

PRK SIBU

Posted in BULETIN on May 20, 2010 by jabatan amal titiwangsa

AMAL KE SIBU

Posted in BULETIN, Uncategorized on May 10, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Titiwangsa Kuala Lumpur 10 mei 2010 – Komander Amal Kawasan Muhammad Rashidi Abd Razak @ Uwais, akan menyertai gerakkerja  ke Sibu untuk sama-sama memenangkan calon DAP dalam Pilihanraya Kecil yang sedang berlangsung ketika ini. Beliau akan berangkat pada jam 7.10 pagi Rabu 12 mei bersama-sama Timbalan Pengarah 4 Amal Wilayah Saudara Omar Abd Razak dan juga Setiausaha Amal Wilayah Saudara Reduan Aripin dengan menaiki pesawat Air Asia ke Kuching. Ketibaan mereka akan di sambut oleh sahabat pemuda Petrajaya di ketuai Ustaz Fizwan  Pemuda Petrajaya dan terus ke Sibu menaiki kenderaan darat. Mereka di jangka pulang Isnin 17 mei selepas selesai pilihanraya tersebut. Kami mengucapkan selamat bertugas kepada rombongan tersebut dan pulang membawa kejayaan.

AMAL TERBAIK PERINGKAT WILAYAH.

Posted in BULETIN on May 2, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Timbalan 2 Komander Kawasan Ustaz Haji Mohd Syahir dengan bangga bergambar bersama plak kejuaraan di samping S/U Kawasan Ustaz Azmer @ Komando Tahap 1 @ Kluangman dan Ustaz Bidin @ Al Hafiz.

Sahabat2 Amal meraikan detik bersejarah ini dengan riya’ dan angkuh.. MasyaALLAH..insaf la kome semua..

Berbaris dulu sebelum kawad cam..eh, bukan kawad cam tetapi upacara yang sinonim dengan Muktamar ..perbarisan AMAL.

Kelihatan Komander Kawasan dengan gaya gagah dan berwibawa sedang ” menggoreng ” anak2 buah nya. Diorang mintak belanja karipap agaknye tuu..

Pemeriksaan sof oleh yang berbahagia Ustaz Nasarudin Hassan selaku Ketua Pemuda PAS. Kelihatan juga keseriusan yang di pamer oleh sahabat AMAL yang berdisiplin..kononnye laa..

Pantai Dalam Kuala Lumpur 2 Mei 2010 –  Setinggi tinggi syukur kehadrat Allah S.W.T kerana pada tarikh ini tercatat sesuatu yang amat istimewa kepada Amal Kawasan Titiwangsa di mana pada tarikh ini, bertempat di Markaz Pas Kawasan Lembah Pantai di dalam muktamar sanawi Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan 2010 , Amal Titiwangsa telah di anugerahkan Jabatan Amal Kawasan Terbaik. Anugerah berbentuk plak itu di sampaikan oleh Pesuruhjaya PAS WP Ustaz Mohd Nor  dan di iringi Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan Ustaz Kamaruzzaman Mohammad kepada wakil Amal  yang juga merangkap setiusaha Amal Kawasan , Ustaz Azmer @ Komando Tahap 1 @ Kluang Man. Semoga dengan anugerah yang di kurniakan itu, menyuntik semangat sahabat amal supaya lebih aktif dan progresif, lebih tekun dan istiqomah dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan.  Sekalung tahniah kepada seluruh sahabat amal, moga kita semua mendapat ganjaran yang besar di sisi ALLAH SWT.

SUKAN SEKOLAH AGAMA SRI AL UMMAH

Posted in BULETIN on May 2, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Titiwangsa Kuala Lumpur 25 April 2010 – Dengan kekuatan 12 anggota , Jabatan Amal Titiwangsa dengan jayanya melancarkan tugasan yang di amanahkan. Kali ini bertempat di Kampung Pandan, telah berlangsung sukan Sekolah Agama Sri Al Ummah, di mana Jabatan Amal Kawasan membantu serba sedikit dalam melancarkan upacara tersebut dengan di ketuai oleh Ustaz Bidin @ Al Hafiz, yang juga tenaga pengajar sekolah Sri Al Ummah. Tahniah di ucapkan kepada anggota yang bertugas, moga sahabat yang masih bujang  mendapat jodoh yang di redhai Allah. Beramal kerana Allah!!   Takbir!!!