Archive for April, 2010

AMAL TAQIYUDDIN SEMAKIN SIHAT

Posted in BULETIN on April 26, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Titiwangsa Kuala Lumpur 26 April 2010- Perkembangan terbaru sahabat Amal Kawasan Titiwangsa , Mohammad Taqiyuddin Sururi semakin menggembirakan. Beliau  telah pun di benarkan keluar hospital seminggu selepas kejadian yang hampir meragut nyawanya dan  kini berehat selama 3 bulan dari persekolahan kerana terpaksa memakai rangka besi yang di ikat pada kepala dan badan, untuk merawat tulang belakang yang sedikit lari dari keadaan asal. Tangan beliau yang patah di jangka akan pulih cepat dan gigi yang hilang akan di tanam dengan gigi baru ( mungkin guna gigi lembu). Rambut yang di cukur juga semakin tebal dan ikal mayang. Taqiyuddin juga semakin aktif bergerak , berjalan-jalan sekitar penginapannya dan kadang-kadang berfacebook dengan peminat-peminatnya. Moga beliau dapat menerima dan redha akan keadaan itu dan menganggap itulah ujian Allah yang masih menyanyangi hambanya yang berdosa. Segala kesakitan adalah kifarah pengapus dosa. Semoga sembuh cepat, dapat ke sekolah ,seterusnya cemerlang dalam SPM yang akan datang. Selamat kepada Amal Taqi @ Amal Robocop.

Advertisements

S/U AMAL KAWASAN BERPINDAH

Posted in BULETIN on April 26, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Titiwangsa Kuala Lumpur 26 April 2010- Setiausaha bagi Jabatan Amal Kawasan Titiwangsa iaitu saudara Ustaz Azmer Syazwan @ Komando Tahap 1 telah berpindah ke Kluang Johor pada pertengahan bulan ini kerana mendapat pekerjaan baru (rahsia) .Beliau  memulakan tugasan pada 15 April yang lepas. Sebelum ini , beliau yang berkelulusan diploma syariah Kolej Islam Melaka bertugas sebagai tenaga pengajar di sekolah Sri Al Ummah Kampung Pandan Kuala Lumpur. Dengan pemergian beliau, jawatan setiausaha JAKTT akan di pangku penolongnya iaitu Saudara Meor Azamuddin @ Adinho Miyora yang juga bukan calang-calang lulusan UITM Shah Alam dalam bidang Perangkaan Bandar. Menurut Komander Kawasan Mohd Rashidi @ Uwais , bagi pihak JAKTT amat merasai akan kekurangan yang ada memandangkan Ustaz Azmer adalah aktivis yang aktif dalam setiap program yang di jalankan. Bagi pihak JAKTT juga berharap Ustaz Azmer berhenti secepat mungkin ataupun berpindah ke Kuala Lumpur semula. Bagaimanapun Komander Kawasan hanya dapat meluahkan sedikit kata-kata kepada Ustaz Azmer ” Azmer, takkan sebab putus cinta dengan gadis Selayang buat anta merajuk sampai ke Kluang? Sahabat semua rindu kat anta, diorang dah gelar anta Kluang Man. ha..ha..ha.. “Begitulah kata-kata yang dapat di sampaikan kepada Ustaz Azmer dalam keadaan gelak-gelak yang serius. Moga Ustaz Azmer tidak kecil hati memandangkan beliau cukup terlatih dalam bidang kekomandoan. Selamat maju jaya kepada beliau , Ustaz Azmer@ Komando Tahap 1 @ Kluang Man,selalu suksess dunia akhirat. TAKBIR!!!

MUSIBAH PENGHAPUS DOSA

Posted in TAZKIRAH on April 7, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Allah Ta’aala berfirman: “Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (QS. Ar-Ruum: 41). Rasulullah –Shallallaahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda: “Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah.” (HR. Bukhari). Rasulullah –Shallallaahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda: “Tidaklah seorang muslim ditimpa rasa lelah, sakit, kegundahan, kesedihan, gangguan dan kesulitan, hingga duri yang mengenainya, kecuali Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengannya.” (HR. Bukhari dan Muslim). Musibah yang menimpa orang sholeh yang selalu berbuat kebaikan adalah merupakan cubaan baginya untuk meninggikan derajatnya dengan diuji kesabarannya. Musibah yang menimpa orang yang melakukan pelanggaran adalah peringatan baginya agar dia bertaubat dan kembali ke jalan yang benar, juga sebagai hukuman atas dosa-dosanya hingga ia terbebas dari hukuman di akhirat. Jadi, musibah sebagai peringatan dan kaffarah (penebus dosa) sebenarnya adalah rahmat Allah untuk melindungi hambaNya dari sangsi di akhirat…sakit bukan alasan untuk kita tidak bekerja dan mengerjakan ibadah..masih ingat kisah nabi ayyub a.s?? kita seharusnya menginsafi diri kerane sakit mengingatkan kita kepada mati dan apabila ditimpa musibah sepatutnya iman kita lebih kukuh kepadaNYA.. Ya Allah Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkau Penciptaku dan aku hambaMu yg tetap dalam kesetiaan dan janjiku sepanjang kemampuanku. Aku kembali kepada-Mu dgn keni’matan dan kembali kepada-Mu dgn dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada pengampun dosa-dosa kecuali Engkau.

AHLI AMAL TITIWANGSA KEMALANGAN

Posted in BULETIN on April 6, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Mohammad Taqiuddin ( duduk nombor satu dari kanan)

Cheras Kuala Lumpur Selasa 6 April 2010 – Salah seorang anggota Amal Kawasan telah mengalami kemalangan jalanraya. Anggota Amal tersebut, Muhammad Taqiuddin Sururi yang juga adik ipar kepada Komander Amal Kawasan telah di rempuh oleh sebuah kereta yang di pandu seorang warga emas di simpang empat berhadapan Carefour Jalan Peel kira-kira jam 3.30 petang. Dia yang masih menuntut di tingkatan 5 , cedera di bahagian muka , patah 3 batang gigi dan patah tangan kanan. Kejadian di katakan berpunca dari kerosakan lampu isyarat simpang berkenaan. Dia kini di rawat di wad 4 tingkat 4  HUKM. Laporan polis telah di buat di Balai Trafik Jalan Bandar. Sehubungan itu ahli keluarga beliau mengucapkan jutaan terima kasih  kepada mereka yang terlibat membantu selepas kemalangan tersebut. Dalam pada itu Pemuda Titiwangsa telah menghulur sedikit bantuan kewangan kepada wakil Mohammad Taqiuddin dan mengucapkan takziah kepadanya selepas usrah gabungan Pemuda  malam  tadi.