Archive for March, 2010

SUKAN PASTI PERINGKAT WP

Posted in BULETIN on March 30, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Tarikh 27 mac 2010 telah di adakan sukan Pasti peringkat WP di mana kawasan Titiwangsa menjadi tuan rumah. Acara berlansung di padang Taman Sri Rampai Setapak. Unit Amal Titiwangsa telah menghantar 11 anggota untuk melaksanakan tugasan yang di amanahkan seperti menjaga lalulintas , parking dan mengawal acara padang. Komander Amal Kawasan Titiwangsa mengucapkan setinggi2 tahniah dan ucapan terima kasih kepada sahabat2 Amal kerana menjayakan program tersebut dengan lancar dan berkesan. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa kalian.

Advertisements

10 NASIHAT AS SYAHID IMAM HASAN ALBANNA

Posted in TAZKIRAH on March 24, 2010 by jabatan amal titiwangsa

1.                Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.                Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.                Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.                Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.                Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.                Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.                Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.                Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.                Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.      Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

PELANCARAN GEN2 MERIAH!!!

Posted in BULETIN on March 21, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Detik 20 Mac 2010 telah mencipta sejarah tersendiri kepada DPP Kawasan Titiwangsa kerana pada tarikh tersebut , di dalam Majlis Himpunan Pemuda Pas Kawasan Titiwangsa telah di lancarkan Generasi Kedua Unit Amal Titiwangsa .Seramai 40 anggota amal baru dan lama memberi komitmen untuk majlis tersebut. Majlis di mulakan dengan solat isyak berjemaah dan seterusnya ucapan alu-aluan daripada YDP Pas Kawasan iaitu AL Fadhil Ustaz Abdullah Wahab. Di susuli selepas itu ucapan wakil Ketua Pemuda WP , naib Ketua Pemuda Al fadhil Ustaz Lokman Hakim seterusnya merasmikan  pelancaran amal kawasan dengan ahli2 amal membina satu sof dan nyanyian lagu amal. Di teruskan dengan   ucapan pemangku Ketua Pemuda Kawasan Al Fadhil Ustaz Suhaimi Abd Aziz. Majlis di teruskan dengan ucapan Yang Berbahagia Ahli Parlimen Kawasan Dr Lu’ Lu” Dato Ahmad Ghazali di susuli ceramah motivasi dari Al Fadhil Ustaz Hanafi . Majlis di akhiri dengan makan malam yang sungguh istimewa ‘ kambing panggang’.

Mohammad Rashidi Abdul Razak @ Uwais selaku Komander Amal Kawasan mengucapkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada ajk amal kawasan yang berusaha bersunguh untuk majlis pelancaran tersebut. Juga tidak lupa kepada sahabat2 baru yang memberi kerjasama yang amat baik dalam menjayakan nya. Semoga Allah meletakkan sahabat2 amal  di bawah keredhaan NYA dengan amal yang ikhlas dan istiqomah.

Diharapkan amal kawasan ini terus berkembang dan di terima baik masyarakat sekitar dan menjadi rujukan anak2 muda seterusnya menjadi jambatan menghubungkan antara Pemuda Pas dengan seluruh lapisan masyarakat.

PELANCARAN GEN-2 & BRIGED AMAL

Posted in LAPORAN on March 2, 2010 by jabatan amal titiwangsa

Asslamualaikum,

sukacita di maklumkan, pada tanggal 20 mac 2010 ini, perancancangan awal akan di adakan pelancaran Generasi 2 dan briged amal peringkat kawasan titiwangsa. Program ini di adakan bersamaan dengan himpunan pemuda titiwangsa bertempat di Pasti Al Hidayah Keramat jam 9 mlm. Dengan ini di harapkan kepada para sahabat amal yang baru atau lama dapat memberi komitmen yang jitu dalam merealisasikan pelancaran ini. Segala perkembangan tentang pelancaran ini akan di siarkan di dalam blog ini. Kerjasama sahabat2 amat di hargai..

sekian terima kasih.. salam Maulidurrasul , salam perjuangan..